The cart is empty

Sunny Spring Sale 1

PERNAH tak you olls rasa kadang tu masha Allah apa yang tak kena pakai shawl ke tudung ke macam tak kena je rasa? kadang tu kita baru beli tudung tapi macam tak jumpa tune macam mana nak gayakan tudung?

kami nak share tips macam mana gaya hijab yang sesuai bentuk wajah =) buat u olls lebih confident dan sap sap sui "flip the shawls" dan taraaa siap!!

Sunny Spring Sale 4

EHH?? EHH?? SIAPA NI? HUSNA? KENAPA HUSNA KAT SINI? #JANGANBENCICINTAKU

Perasan tak Husna gayakan apa pun nampak cantik? hehehe sebab husna #MUKABUJUR!

1. TIPS #MUKABUJUR

Pemilik wajah bujur boleh menggayakan pelbagai fesyen hijab kerana empunya wajah ini mempunyai raut yang versatil. Setiap gaya kena dengan si pemakai dan jika mahu tampil berani, cuba gaya turban untuk kelainan.

Sunny Spring Sale 5

2. TIPS #MUKASEGITIGA

Ciri bentuk wajah ini kebiasaannya adalah dahi yang luas disertai dagu kecil. Gayakan hijab dengan lilitan ketat di bahagian atas kepala atau dahi. Boleh juga gayakan anak tudung yang berbentuk separuh bulatan. Hijab jenis longgar amat sesuai digayakan kerana bahagian dagu yang kecil member ilusi seakan bentuk wajah sebutir berlian. Biarkan hijab longgar di bahagian rahang dan percayalah anda akan tampak anggun menawan.

 

Sunny Spring Sale 3

 

3. TIPS #MUKACHUBBY

Elakkan dari memakai anak tudung atau hijab yang menutup bahagian dahi kerana ia hanya akan membuatkan wajah si pemakai bertambah pendek. Wajah bulat memerlukan ilusi panjang, oleh itu bentuk hijab anda di bahagian tulang pipi untuk menutup sedikit bahagian sisi muka. Stail hijab yang mempunyai lilitan di bahagian telinga juga tidak sesuai digayakan kerana akan membuat wajah tampak lebih besar. Sebaiknya pilih hijab dari jenis kain stretch kerana ia mampu untuk memberi volume kepada wajah anda seterusnya memberi ilusi bujur. Antara teknik lain yang boleh digunakan adalah untuk memakai cekak rambut terlebih dahulu sebelum menyarung anak tudung

 

Sunny Spring Sale 2

4. TIPS #MUKAPETAK

Bagi mereka yang berwajah petak, kebiasaannya tulang rahang akan lebih menonjol. Elakkan dari memakai hijab yang melekat di wajah kerana ia hanya akan memberi fokus kepada tulang rahang tersebut sekaligus membuat anda tampil garang dan agak maskulin. Sebaliknya, pilih stail hijab yang boleh mebuatkan wajah tampak bujur. Untuk mendapatkan efek ini, bentuk hijab di bahagian rahang serta dagu agar ia tampak bujur atau bulat. Dedahkan bahagian tulang pipi dan dahi kerana ia berkesan untuk memberi ilusi wajah agar tampil lebih panjang.

 

DEARIES JENIS MUKA YANG MANA SATU? =) Jangan lupa SAVE THE DATE untuk PROMOSI RAYA HAJI NANTI!! " SALES KURBAN LEMBU PAK LEMAN" pada 17 Ogos 2018 ini!!!!!!!!

a340e86e 91ff 4dac a4a5 b703a73f9bee

 

Assalamualaikum,

Pasti ramai daripada muda-mudi di luar sana yang tercari-cari Casual Muslimah yang minimal tapi exclusive. Kebanyakan ladies dan dearies di luar sana yang gemarkan rona warna pastels sebagai pilihan.

0885a2a3 3a5c 4c48 bdda 80883488412d

Damariss Couture tahun ini melebarkan lagi sayapnya melahirkan on stop centre bagi Muslimah Casual Wear yang majoritinya berkonsepkan rona warna pastels!

Sweet manis bersemut buat dearies semua sentiasa tampil comel dan elegant! DBASIC by Damariss Couture bakal menjadi OneStopCentre bago yang tercari-cari casual wear yang sweet dan elegant!

457036e6 2cfe 4d3b b3a5 f6de77753dcd

Bertemakan slogan " #dressyourelegance" Damariss Couture menghasilkan casual wear yang cukup bersederhana dan smart elegant bagi memenuhi keperluan dearies di luar sana yang mahu berbelanja dengan bijak. Casual wear yang bersesuaian untuk di pakai ke tempat kerja dan hari minggu benyak memberi ruang pada dearies yang suka bergaya untuk berbelanja dengan bijak. orang putih kata "2 in 1". Di sertakan dengan koleksi DBASIC HEEJAB yang membawa koleksi shawls dan bawal terkini buat dearies semua!

jangan lupa DBASIC by Damariss Couture akan dilancarkan pada 23.07.18 ini. Enjoy your pruchase dearies!!

 

f4ae11dc 9aa3 49a4 8e07 6cc58f26be75

 

save the date dearies!!! kita jumpa di pelancaran ONLINE esok!!! 

 

love,

kak lia

Founder Damariss Couture


 

IMG 20180712 115315 116

Assalamualaikum semua,

Salam ukhwah dari kak lia. Salam aura positif buat para usahawan. Salam sayang non stop buat customer yang kak lia sayang!!

Perkongsian dari kak lia tulus ikhlas dari hati. ecewahhh! dalam banyak-banyak kejayaan Founder-founder perniagaan selalu yang kita nampak cuma yang best-best jekan?. tapi dia punya puting beliung hanya tuhan yang tahu. Tergerak hati nak berkongsi pengalaman pahit manis.

123

Sebelum tu kak lia nak perkenalkan diri kami dulu selaku Founder Damariss Couture. Kenalkan Kami Adalah Adik-beradik yang sama-sama membangunkan DAMARISS COUTURE pada hari ini. Nama kita Kak Lia, Liyana (memang suka mengkepohkan diri) dan adik saya, Kak Nad , Nadiah (yang sangat preserve dan banyak uruskan hal-hal pengurusan kami) . Kami berdua ni anak pertama dan kedua buat Ayahanda dan Ibunda tersayang En Abdul Rahman & Pn Aslina. Cop Mohor Asal Usul TULEN dari JOHOR DARUL TAKZIM.

calaqisya 9

Siapa yang tak ada angan-angan? Bermula seawal 2013 , kak lia dan kak nad meluangkan masa melawat Seksyen 7 Shah Alam. Masa tu zaman revolusi Online Shopping dan Fashion Muslimah. Market Leader masa itu adalah Nama-nama besar sekarang seperti RADIUSITE, CALAQISYA dan RINASALLEH. Dan 3 butik inilah yang jadi port WAJIB kami adik beradik visit. Ingat lagi masa tengah bershopping sambil berangan, Kak Lia dan Kak Nad berangan " Kan best kalau satu hari nanti kita adik beradik sama-sama berniaga macam ni?".

KL tuanku abdul rahman

Maka bermulalah era kami adik beradik berniaga shawl borong dari Jalan TAR. Masa ni kami adik-beradik menetap di KL. Masa tu dah terfikir macam mana nak buat produk kita lain daripada yang lain. Kak lia jadikan IKA Radiusite sebagai IDOLA. Berpulun kak lia jahit manik-manik pada shawl yang kami borong tu. Alhamdulillah setiap kali kami UPLOAD kat Facebook mesti Sold Out! Musim Ramadhan pulak kami berniaga bilik ke bilik nak jual tudung. Tambah sikit jual keronsang. Peluh-peluh tiap kali berniaga. 

IMG 20180718 113759 1

IMG 20180718 113739

 IMG 20180718 113721

Dari angan-angan pasang niat moga satu hari nanti jadi kenyataan. Pulun untuk siapkan DAMARISS COUTURE yang mula beroperasi di UDA BUSINESS CENTRE JOHOR BAHRU. Alhamdulillah diberi rezeki dan peluang memulakan perniagaan di PORT PALING HOT PERNIAGAAN FESYEN MUSLIMAH di Johor Bahru. Siapa sangka kami akan berjiran dengan nama besar RADIUSITE, CALAQISYA, RINASALLEH, JANNAHNOE, IMAAN BOUTIQUE dan yang lain. DREAM COME TRUE.

IMG 20180718 114339

IMG 20180718 114202

Alhamdulillah pada October 2016 angan-angan itu jadi kenyataan dengan izin Allah yang Maha Permurah dan Penyayang. Allahuakhbar. Kami lancarkan koleksi-koleksi blouse kami dan pakaian casual untuk permulaan . Alhamdulillah..Kehadiran sahabat handai saudara mara dan keluarga buat kami semangat sangat! Untuk pembukaan Alhamdulillah its a good start! Orang kata jangan gelojoh. Dunia perniagaan ni banyak challengesnya. Serius ni SANGAT-SANGAT banyak! hati kena kental kalis segala bentuk dugaan.

 

IMG 20180718 114308

IMG 20180718 114237 1

 

 dann..pada Oktober 2017 kami menyambut ANNIVERSARY DAMARISS COUTURE yang pertama. Banyak LESSON LEARNED yang jadi kan kami lebih matang. ILMU tu jangan berhenti tuntut!! untuk tahun Ke-2 kami beranikan diri menghasilkan design produk sendiri! Fuh! takut juga orang suka ke tak kan? Alhamdulillah...Misi RMXXXXXX tercapai dengan izin Allah. Fokus kami dalam menghasilkan Koleksi Busana Muslimah Yang "GAYA BAK RETIS DENGAN HARGA BAJET" untuk semua golongan dan saiz dan bentuk! kami tetapkan setiap Koleksi didatangkan dengan sekecil-kecil saiz dan sebesar-besar saiz untuk warga PLUSSIZE!! Feedback customer yang sangat mengharukan. Kadang-kadang tu kami dikejutkan kehadiran customer daripada MELAKA yang sanggup turun sebab nak beli sendiri dari butik . Ada customer yang jadikan DAMARISS COUTURE persinggahan wajib tiap kali ke UDA BUSINESS CENTRE! 

Harapan kak lia dan kak nad dengan usia kami yang masih setahun jagung ni moga diizinkan Allah untuk lebih berjaya dan dikurniakan rezeki yang sentiasa dalam rahmatnya. Moga kami terus menghasilkan Koleksi Busana Muslimah yang berkualiti, mampu milik dan versatile buat semua pelanggan kami!

Teruskan sokongan anda. Tanpa u olls siapalah kami .

Love,

KAK LIA & KAK NAD

 

 

 

 

 

Damariss Couture Johor Bahru

Address:
Damariss Couture
Uda Business Centre,
No 4, Jalan Padi Emas 1/5,
Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru,
Johor.

Operating Hours:
Tuesday To Sunday (10.00 A.M To 7.00 P.M)
Close on Monday

Online Operating Hours For Email and Posting :
Email : Monday to Sunday ( 10.00am - 10.00 pm)
Posting : Monday to Friday (except for public holidays)

Email: damarisscouture@yahoo.com
Contact No: 017-7220858 / 017-7707183

We Accept

If you are using online banking, you can submit your receipt through the button below.

Submit your receipt

Tracking Info